Penerbitan dan keluaran Lemak_Kampung_Santan

Lemak Kampung Santan diarahkan oleh Hans Isaac yang sebelum ini mengarahkan filem Cuci (2008). Skrip filem ini ditulis bersama oleh Hans dan Harith Iskander. Sewaktu diawal pembikinan filem ini, Hans dan Neelofa pernah digosipkan bercinta, namun mereka berdua menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.[2]

Filem ini ditayangkan pada 8 Ogos 2013, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM120,000 sahaja sepanjang tayangannya pada musim Aidilfitri.[3][4] Hans kemudian menyatakan di laman sosial Twitter bahawa beliau akan berhenti mengarah setelah Lemak Kampung Santan kurang mendapat sambutan.[5][6]